Hot Fix Batu Korea: Sample/ Contoh & Cara Guna
Hot Fix Batu KoreaKristal / berlian dari korea
kilauannya tahan lama
Boleh dibasuh dengan mesin basuh
Amat mudah digunakan
Yang pasti ia akan tambahkan seri tudung dan pakaian anda
Lihat lah betapa cantiknya awning tudung dan pakaian yang dah di lekatkan kristal korea ni...
Kalau tengok yang real memang berkilauan memukau mata dan menggoda hati... dalam gambar tak berkilau ler...nampak putih lah pulak...
Dalam masa kurang sejam kerja menampal batu kristal dah pun selesai...
















Mudah sangat kan... TAPI mesti baca penerangan di bawah
HOT FIX CRYSTAL STONE FROM KOREA
(KRISTAL TAMPAL DARI KOREA)
Ciri-ciri:
Berkilau dan tahan lama kilauannya
Ready design memudahkan kerja dan menjimatkan masa
Sangat mudah digunakan
Bahagian bawah / tapak kristal ada gam beku yang akan cair bila dipanaskan
Bahagian atas kristal melekat pada plastik transparent / jernih yang bergam (plastik tu yang bergam)
Plastik transparent tu tahan panas, boleh tekap iron atasnya dan tidak akan rosak/terbakar
Kristal ini ada pelbagai warna
Plastik transparent dengan lekatan kristal ni boleh digunting2 untuk membuat sambungan / pengasingan / mencampurkannya dengan design lain mengikut kreativiti masing2. Gunting sekali plastik putih dan transparent (jangan tanggalkan plastik putih semasa menggunting)
Sekiranya ada kristal tertanggal masih boleh digunakan, letak saja di mana ia perlu diletakkan. Penyepit seperti gambar di atas memudahkan kerja
Harga yang berpatutan
Cara-cara penggunaannya:
Tanggalkan plastik alas warna putih (yang ini tidak digunakan)
Pegang plastik trasparent bergam yang ada kristal dan lekatkan di mana sesuai
Plastik tranparent yang bergam memudahkan kerja menyusun kepingan berkristal dan boleh di ubah2 kedudukannya sehingga terletak elok
Bila dah confirm semua terletak elok, letak/tekap iron panas di atasnya (plastik transparen/jernih ini tahan panas, tidak mudah terbakar)
Bila kristal sudah melekat pada material / kain, plastik transparen boleh ditanggalkan… tekap saja iron terus atas kristal / lapik dengan kain nipis / tisu dapur yang lebar
Sebaiknya alas papan seterika ada span/sponge untuk memberi tekanan apabila menekap iron…. Kalau tak ada, alaskan dgn kain yang agak tebal
Sebaiknya guna iron berwap…. Kalau tak ada, guna iron biasapun boleh
Kristal ni tahan panas jadi sesuaikan kepanasan iron dengan material (jenis kain) saja, kalau kain nipis tak tahan panas, lapik lah dengan kain. Tisu dapur yang lebar pun boleh digunakan (lihat contoh tisu di gambar yang ada penyepit tu)
Mulakan dengan iron bahagian kain yg nak dilekatkan batu utk panaskannya bagi memudahkan batu melekat
Jangan menekap iron panas berterusan…. cukup sekadar 5-10 saat setiap kali dan buat berulang2 tekap-angkat, tekap-angkat…tekap-angkat....Untuk lebih kuat selepas tekan dgn iron, semasa batu masih panas, tekan-tekan dengan sponge/span/kain bagi memastikan gam melekat pada kain
Terbalikkan kain dan tekap iron di bahagian belakang kain supaya batu melekat dengan lebih kuat (cara ini tidak sesuai utk yang ada span). Gam pada tapak batu mesti betul2 cair dan melekat pada kain
Hot Fix Stone akan melekat kuat hanya selepas ia sejuk dan gam membeku. Kekuatan kristal boleh diuji dengan mencungkilnya (selepas ia sejuk)… jika belum kuat, tekapkan lagi dengan iron panas
INGAT:
Pastikan suhu iron tidak merosakkan kain atau lapisan dalam kain misalan span
Letak / tekap iron panas sambil menekan kuat sikit…. JANGAN sorong tarik macam iron pakaian, ini akan mengakibatkan kristal pun teralih sana sini…
Tidak sesuai untuk awning yang dalamnya span kerana kepanasan iron boleh merosakkan span. Jika nak juga tepek kat awning yang ada span, elakkan menekan iron di atas span. Mula2 geserkan (jangan tekan) iron atas kain awning utk panaskannya, lekatkan batu, tekap-angkat iron (tekap sekejap-kejap & tekan lembut saja, jangan tekan kuat... semasa batu masih panas tekan-angkat berulang2 dgn span /kain supaya batu melekat atas kain awning)
Selepas percubaan awal anda akan semakin mahir. Biasanya pada percubaan awal,masalah yang sering dihadapi batu tak melekat kuat... ini disebabkan gam pada tapak batu tak cukup cair
Note:
Pakaian / tudung dll yang ada tampalan batu korea ini boleh dibasuh menggunakan mesin basuh kalau dilekatkan dengan cara betul. Kalau ragu-ragu dan nak lebih selamat boleh masukkan dalam net kain atau basuh dengan tangan saja adalah cara terbaik.
sekiranya apabila mengangkat plastik jernih, ada batu tertanggal dari plastik jernih biarkan saja, lekatkan dulu batu-batu yg ada pada plastik jernih. Setelah plastik jernih ditanggalkan, ambil batu-batu yang tertanggal dan susun atas kain di tempat yg sesuai kemudian tekap dengan iron
Semasa batu belum melekat kuat masih boleh alihkan kedudukannya jika ada yang tidak terletak dengan kemas
Harga tidak termasuk kos penghantaran









